Resepi : Onion Rings πŸ’–πŸ’–πŸ’–


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 png burger king onion rings Sticker

Okay, since haritu ada share pasal mukbang, harini nak share pasal salah satu makanan yang common bila orang buat mukbang. ONION RINGS. Lama jugak cari resepi yang senang nak buat, kos murah, nampak sedap and paling penting is dia crunchyyy!πŸ’ž

Okay, firstly nak credit this youtube video by Veronica Wang untuk video ni :



Ni bahan-bahan yang perlu ada untuk buat onion rings. Sikit je kan? Simple je resepi ni hehe. Tapi, resepi saya lain sikit daripada Veronica Wang. Tapi base resepi ikut dia.

2 Biji Bawang
1 cawan Tepung Gandum
1/2 cawan Potato Starch
1 sudu kecil Paprika
1 sudu kecil Serbuk Kunyit
Lada Hitam (Takda dalam gambar)
2 cawan F&N Ais Krim Soda (Sejuk)
CornFlakes secukupnya (Yang dah blend/pukul jadi serbuk)

Okay, first step potong bawang lepastu asingkan dia jadi macam ni.

Campurkan semua bahan KECUALI cornflakes sampai jadi macam batter.

Blend/pukul cornflakes sampai jadi macam serbuk sikit. Macam ni.


Okay, lepas dah sedia ketiga-tiga ni, iaitu bawang, batter dengan cornflakes, boleh panaskan minyak. Sambil tunggu minyak panas, kita sediakan onion rings.



Ambik onion ring celup dalam batter.
Angkat dan letak dalam serbuk cornflakes.

Letak dekat pinggan asing dan buat sampai bawang habis.
Bila minyak dah panas, masukkan onion rings tadi.

Goreng selama 3-4 minit.

Bila dah warna golden brown tu boleh angkat.

Bila angkat onion rings tu, letak atas rak macam ni supaya minyak yang lebih tu turun.

Taa-daa! Dah siap dahh hehe. Ni gambar onion rings yang saya buat. Nampak sedap kann hehe. Cubalah. Serious sedap gilaaaaaaa! πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ’–

 dennys GIFRobbie Cobb funny lol loop illustration GIF sopranos GIF

Saya rasa tu je kot. Kalau ada apa-apa soalan boleh comment dekat bawah hehe. Baii~πŸ’


Comments