Pengalaman di Kolej Matrikulasi Melaka๐Ÿ’•

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Hari ini, saya nak cerita pasal kehidupan di matriks. Ramai yang kata matriks bosan, packed sangat dan susah. Tapi, sebenarnya matriks besttt gila lebih-lebih lagi matriks melaka hehe. Saya ambil jurusan perakaunan masa dekat matriks. Subjek-subjek untuk perakaunan ialah Prinsip Perakaunan, Ekonomi ( Sem 1 Mikroekonomi, Sem 2 Makroekonomi ), Pengurusan Perniagaan ( Bisnes ), dan Maths. Tapi ada tambahan, Bahasa Inggeris ( persediaan untuk MUET ), Kemahiran Dinamika, Ko-k (macam kokurikulum tapi nasib dapat apa, macam saya dapat Badminton hehe best๐Ÿ‘ ) dan Pendidikan Islam.




Ini ialah praktikum saya A2P6๐Ÿ’“๐Ÿ’“๐Ÿ’•


Ok, yang kata matriks bosan tu mungkin diorang tak join aktiviti-aktiviti yang best. Diorang asyik duduk bilik je kot baca buku haha. Antara aktiviti-aktiviti yang best saya pernah join ialah..



Mini-Kakom. Saya masuk Bola Keranjang. Bestt gila. Walaupun kitorang semua tak pernah/pandai main bola keranjang kecuali Fang ( yang chineese tu ). Tapi dia sanggup ajar kitorang yang memang 0 bab bola keranjang. Hari-hari training dari 5-7pm. 2 minggu jugaklah training. Akhirnya blok kitorang (A2) jadi juara Mini-Kakom Bola Keranjang ( saya banyak jadi reserve je haha )



Aktiviti lain yang best ialah Explorace Prinsip Perakaunan. Ini checkpoint pertama. 5 orang kena tiup belon sampai pecah tapi sorang-sorang kena buat.




Yang ni tak ingat checkpoint ke berapa hahaha. Tapi yang ni kena beratur 1 baris, pastu kena bawa bola pingpong sampai orang terakhir akan tiup masuk dalam kotak.



Checkpoint ni pulak ada satu soalan, 10 orang yang jawab tu kena jawab dengan jawapan yang sama. Contoh soalan dia siapa yang paling garang dalam kelas? haha.



Checkpoint ni kena bawa bola tennis dekat pipi dan jalan ramai-ramai pastu patah balik haha. Yang ni paling best hehe. Tak boleh jatuh tau bola tennis tu, kalau tak kena ulang balik dari mula๐Ÿ‘€๐Ÿ‘€.



Ni checkpoint last kitorang. Kena baling guli masuk dalam kotak.



Untuk setiap checkpoint, kitorang kena jawab soalan akaun. Jadi itu yang ambil masa yang lama untuk selesaikan 1 checkpoint huhu. Ada banyak lagi checkpoint kalau tak silap ada 12 checkpoint. Tapi tu jelah saya cerita, nanti panjang sangat pulak.

Saya rasa tu je kot. Kalau ada apa-apa soalan boleh comment dekat bawah hehe. Baii~๐Ÿ’







Comments